Navigation Menu

w

Hi There, I am

img

About Goatier Agro Farm

Social-Tooltip

Follow Us on Social Media

Follow Me On Instagram

Aqiqah & Haiwan untuk Aqiqah


PENGERTIAN ‘AQIQAH

‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.  


HUKUM MELAKUKAN ‘AQIQAH


Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. 

  • Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, 
  • manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. 
  • Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.


WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH

Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak tersebut. 


Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam: 

كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .

Maksudnya: 
"Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama."(Riwayat Abu Daud)



SYARAT ‘AQIQAH


  1. Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.
  2. Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur. 


HIKMAH ‘AQIQAH

‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya: 
  1. Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.
  2. Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah. 
  3. Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.  
  4. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak. 
  5. Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah. 
  6. Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.


JENIS HAIWAN DAN KADAR AQIQAH

Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban.

  1. Kambing, biri-biri dan kibas – melebihi satu tahun
  2. Lembu dan Kerbau- melebihi dua tahun
  3. Unta- melebihi lima tahun

Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak(Bahimatul An’aam)-yang mempunyai empat kaki- dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus.

Menurut Imam Malik,Asy-Syafi’e,Ahmad dan jumhur ulama’ , bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki(Bahimatul An-`aam) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri dan kibas (sama seperti ibadah korban).

 Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;

1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.

  • Unta yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya lima tahun dan masuk tahun keenam


2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3

  • Lembu dan kambing yang gugur gigi hadapannya ialah yang telah sempurna umurnya dua tahun dan masuk tahun ketiga


3. Kambing / biri-biri / Kibas berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.

  • Manakala kambing biri-biri dan kibasy memadai yang berumur cukup 2 tahun atau yang gugur gigi hadapannya walaupun belum cukup umurnya2 tahun dengan syarat telah melimpasi umurnya enam bulan. (Al-Majmu‘ 8/286-287 dan I‘anah ath- Thalibin 2/518)


4. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat yang boleh mengurangkan dagingnya



Manakala,rusa, kijang dan kancil tidak termasuk dalam kategori Bahimatul An’aam.Maka ketiga-tiga haiwan tersebut(rusa,kijang dan kancil) tidak dibolehkan untuk dijadikan sebagai haiwan aqiqah.

Yang lebih utama(Afdhal) untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah 2 ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing, kerana ada hadis riwayat Aisyah yang maksudnya:
“Rasullulah s.a.w. memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”

Perlaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan baik untuk anak lelaki mahupun anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. yang bemaksud;
” Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” [HR. Ahmad & Tirmizi].

Rasulullah bersabda; ” Rasulullah s.a.w telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing.” [HR. Ibnu Abi Syaiban].

Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara;

Pertama; baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama syariatkan supaya dilaksanakan aqiqah.

Kedua; perbezaan bahawa anak lelaki dengan 2 ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing.

Walaubagaimanapun,anak lelaki sebaik-baiknya(afdhal) diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing,manakala anak perempuan pula seekor kambing. Akan tetapi seekor kambing sudah memadai bagi tujuan menunaikan tuntutan ibadah aqiqah tersebut, ini kerana Rasulullah s.a.w. sendiri melaksanakan aqiqah untuk cucu baginda dengan seekor kambing sahaja.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan; ” Bahawa Rasulullah s.a.w telah mengaqiqah Hassan dan Hussain dengan satu ekor biri-biri.” [HR. Abu Daud].

Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah s.a.w telah membuat aqiqah Hasan dan Husin, masing-masing seekor kibas.

Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.
Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).


0 comments: