After 3 weeks |
1 weeks |
Tahukah anda bahawa berkebun sangat menyeronokkan dan hanya memerlukan perbelanjaan yang murah? Kotak yang saya gunakan didalam gambar ini saya dapat percuma dari pasar. Asalnya kotak ini digunakan untuk menyimpan ikan segar dipasar supaya sentiasa segar. Tetapi ada yang sudah tidak boleh digunakan dan dibuang begitu sahaja.
Saya ambil dan tebuk lubang diatas tutupnya supaya boleh memuatkan bekas minuman plastik, kemudian masukkan benang dan penuhkan kotak tersebut dengan air.
Saya semai biji sawi dan biarkan dibalcony rumah. Seminggu sekali periksa air kalau kurang saya tambah. Hasilnya sayur yang segar dipetik terus dari balkoni rumah. Modalnya cuma biji benih.
0 comments: