Navigation Menu

w

Hi There, I am

img

About Goatier Agro Farm

Social-Tooltip

Follow Us on Social Media

Follow Me On Instagram

Keistimewaan Itik Maskovy / Itik Serati / Itik Nila

Maskovy atau lebih dikenali dengan nama itik serati atau itik nila di sebahagian kalangan penduduk tempatan merupakan salah satu dari 2 jenis itik domestik yang popular. Mascovy / itik nila / itik serati ini kebiasaannya bewarna putih atau bertompok hitam dan terdapat dalam pelbagai pattern. Mascovy / itik nila / itik serati ini berasal dari Mexico dan boleh didapati di south America dan juga membiak liar di sekitar US.

Mascovy / itik nila / itik serati lazimnya dibiak dan di ternak untuk mendapatkan dagingnya. berat purata Itik serati betina boleh mencecah 3 Kg manakala jantan sekitar 4 Kg. Daging Itik Mascovy / Itik serati / Itik nila ini sangat istimewa dan sering di bandingkan dengan daging lembu di barat kerana warna daging itik ini agak kemerahan berbeza dengan daging ayam dan mengandungi kandungan lemak yang sangat rendah dibandingkan dengan species itik yang lain. Ini menjadikan daging itik ini sangat berkualiti dan tidak berminyak sekiranya digoreng atau dipanggang.
Berbeza dengan satu lagi jenis itik domestik yang turut dikomersialkan iaitu dari jenis mallard. Diantara jenis mallard yang terdapat dimalaysia ini adalah seperti Rouen, Pekin, Indian Runner dan Khaki Campbell. Setiap jenis mallard ini boleh dibezakan berdasarkan saiz telor, kemampuan bertelor atau dagingnya.

Berbeza dengan itik mascovy / Itik nila / Itik serati, daging itik dari jenis mallard lebih berlemak. Keupayaan untuk membiak juga diungguli oleh itik mascovy / itik nila / itik serati ini kerana itik ini mampu bertelor 20-30 biji sepusingan dan mengeram dan membesarkan anaknya sendiri dengan baik. Sifatnya yang lebih lasak dan ketahanannya terhadap penyakit menjadikan itik ini ternakan pilihan di kawasan kampung. Tabiat pemakanannya yang bagus menjadikannya binatang peliharan yang baik bagi menghabiskan sisa dapur. Sebuah kajian juga telah dijalankan dan mendapati itik maskovy / itik nila / itik serati ini juga berupaya dijadikan sebagai kawalan biologi terhadap nyamuk dan lalat.

Itik mascovy / itik nila / itik serati berbeza daripada itik mallard dari segi tabiatnya, ada penyelidik beranggapan bahawa itik mascovy / itik nila / itik serati ini tidak perlukan kawasan berair yang banyak untuk kerap berenang seperti jenis mallard kerana itik mascovy / itik nila / itik serati ini mempunyai kelenjar lemak yang sedikit dibandingkan itik dari jenis mallard. Itik mascovy / itik nila / itik serati tidak menyudu dikawasan berlumpur ataupun kotor sepertimana itik dari jenis mallard.


Itik mascovy / itik nila / itik serati ini mampu terbang tinggi dan kebiasaannya sewaktu mencari sarang. Itik jantan yang mempunyai badan yang lebih besar dan berat kebiasaannya tidak boleh terbang apabila cukup matang. kebolehannya untuk terbang menyebabkan penternak memotong sedikit dibahagian sayapnya supaya itik tidak lari atau keluar dari reban. Itik ini juga terkenal dengan personalitinya yang degil berbanding itik dari jenis mallard dan menjadikannya lebih sukar untuk ditangkap

4 comments:

Recycle & Lets Go Green!

After 3 weeks
1 weeks

Ramai yang beranggapan bahawa berkebun atau bertani perlukan banyak masa dan usaha tetapi tidak ramai yang tahu bahawa bertani boleh dilakukan dimana sahaja dan dengan hanya memerlukan minima penjagaan tetapi mampu memberikan pulangan yang tinggi.

Tahukah anda bahawa berkebun sangat menyeronokkan dan hanya memerlukan perbelanjaan yang murah? Kotak yang saya gunakan didalam gambar ini saya dapat percuma dari pasar. Asalnya kotak ini digunakan untuk menyimpan ikan segar dipasar supaya sentiasa segar. Tetapi ada yang sudah tidak boleh digunakan dan dibuang begitu sahaja.

Saya ambil dan tebuk lubang diatas tutupnya supaya boleh memuatkan bekas minuman plastik, kemudian masukkan benang dan penuhkan kotak tersebut dengan air.

Saya semai biji sawi dan biarkan dibalcony rumah. Seminggu sekali periksa air kalau kurang saya tambah. Hasilnya sayur yang segar dipetik terus dari balkoni rumah. Modalnya cuma biji benih.



0 comments: